Bekas Exco Pahang Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Omar Othman terhadap dua pertuduhan kes rasuah yang dihadapinya enam tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Zulqarnain Hassan dan Kamaruddin Mohd Daud gagal membuktikan kes prima facie terhadap Omar.

"Selepas mahkamah meneliti kesemua hujahan dan keterangan, tertuduh dalam kes ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan," kata Zainal Abidin sambil disambut deraian air mata oleh Omar dan isterinya, Datuk Mimi Asmara Abdul Malek, yang berada di galeri awam.

Omar, 60, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelai yang juga Anggota Jawatankuasa Projek Khas Peringkat Daerah Lipis dituduh melakukan rasuah dengan menggunakan kedudukan awam untuk mendapatkan suapan antara 1 dan 13 Oktober 2001 di Pejabat Daerah Lipis.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu dengan memperakukan dua projek kemudahan asas kecil tahun berkenaan, melibatkan Jalan Asas Kampung Serau ke Kampung Putat berharga RM100,000.

Omar juga dituduh memperakukan Jalan Tanah Perkuburan Lubuk Kulit berharga RM20,000 untuk diberikan kepada Syarikat Perniagaan Persaudaraan Iman yang beliau mempunyai kepentingan secara tidak langsung.

Bagi kedua-dua kesalahan, beliau didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Omar didakwa di mahkamah yang sama pada 12 Ogos 2004 dan perbicaraan kes itu yang mengambil masa enam tahun, melibatkan sembilan saksi pendakwaan manakala pihak Timbalan Perdakwa Raya melalui proses pertukaran sebanyak tujuh kali.

Omar yang diwakili peguam Jagjit Singh juga adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang sebelum bersara.

Di luar mahkamah, Omar berkata beliau bersyukur kerana apa yang dilaluinya sejak enam tahun lepas berakhir hari ini dan kini terbukti segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya selama ini tidak berasas.

"Kebenaran terbukti hari ini dan saya berterima-kasih kepada isteri saya yang selama ini sentiasa berada di sisi saya serta ahli keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong saya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan