Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Salah Ugut Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Jumaat, atas tuduhan mengancam nyawa isterinya dengan menggunakan sebilah pisau, empat bulan lalu.

Suhaimi Abdul Rahman, 35, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Marsitah Ahmad, 35, dengan mengugut mahu membunuhnya dan mengacukan pisau tersebut ke arah mangsa pada pukul 10.30 pagi, 24 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah bernombor Blok D-15-8, Flat Kos Rendah Bandar Tasik Selatan, Cheras, di sini.

Pendakwaan terhadap tertuduh yang berasal dari Cheras itu dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah. Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam MK Thas merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana ibu tertuduh yang berhasrat mengalas tanggungjawab sebagai penjamin hanya memperoleh RM500 sebulan daripada pencen arwah suaminya.

Tertuduh yang berpendapatan RM10,000 sebulan juga membelanjakan RM4,000 sebulan untuk perbelanjaan anak.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menetapkan jaminan pada jumlah RM3,500 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 8 Oktober depan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan