Rayuan KDN Berhubung Kes Raja Petra Ditangguh

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra, menyebabkan beliau tidak hadir, Khamis.

Hakim Arifin yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, yang juga editor laman web Malaysia Today.

Apabila ditanya oleh Hakim Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, Tun Majid menjawab: "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui".

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu mahkamah, rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telahpun tamat.

"Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun," katanya.

Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 September 2010.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Tun Majid berkata pihak pendakwaan tidak tahu di mana Raja Petra berada sekarang kerana pihaknya tidak mempunyai alamat beliau.

Pada 7 Nov, 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak adalah tidak sah.

Raja Petra ditangkap pada 12 Sept, 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 Sept, 2008.

Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.

Dalam permohonan habeas corpus, Raja Petra menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai reponden. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan