Bapa Dituduh Sembelih Anak Dihantar Ke Hospital Psikiatri Sebulan

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis, atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia tiga tahun dengan cara menyembelih menggunakan pisau pada 24 Ogos lepas.

Muhaimi Sautar, 33, dilihat mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus.

Bekas pengawal keselamatan itu didakwa membunuh anaknya Muhammad Adam Muzhaffar lebih kurang pada pukul 11.45 pagi hingga 12 tengah hari di rumahnya di No 133, Jalan Atas Paloh, Kampung Sungai Budor di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali memohon supaya tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dibawa ke hospital psikiatri untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Mohd Yusoff kemudiannya membenarkan permohonan Nor Hamizah dan memberi tempoh selama sebulan untuk tertuduh yang mempunyai rekod pesakit mental, dibawa ke hospital bagi membolehkan laporan kesihatan mental diperolehi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 September ini untuk sebutan kes. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan