Abdul Kudus Bebas 24 Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun nama tercemar, reputasi Bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad kembali pulih selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis, melepas dan membebaskannya daripada 24 tuduhan rasuah yang bernilai RM59,000.

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas menerima rayuan Abdul Kudus, 49, setelah berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf semasa memutuskan beliau bersalah bagi semua pertuduhan tersebut.

Malah, Mohd Yazid yang telah mendengar hujahan dan meneliti rekod rayuan serta nota keterangan berpendapat, Abdul Kudus tidak seharusnya dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan itu.

Pada penghakimannya, Mohd Yazid berkata, keterangan saksi pendakwaan keempat (SP4), iaitu pemilik Restoran Sri Steven’s Corner, S. Sathiasilan @ Steven berhubung kejadian rasuah itu adalah dipertikaikan kredibilitinya.

Ini kerana, Mohd Yazid berpendapat, SP4 adalah praticipis criminis, iaitu rakan sejenayah yang memainkan peranan aktif dan langsung dalam semua 24 transaksi rasuah seperti dalam pertuduhan.

“Fakta ini jelas menunjukkan bahawa SP4 mempunyai kepentingan iaitu percubaannya untuk merasuah Abdul Kudus bagi melindungi restorannya daripada sering disaman dan diserbu oleh MPAJ.

“Saya merumuskan adalah tidak munasabah sekiranya Abdul Kudus telah meminta dan menerima rasuah daripada SP4, restoran itu masih berterusan diserbu dan disaman. Lebih-lebih lagi SP4 masih memberikan bayaran perlindungan,” kata Mohd Yazid.

Beliau juga merumuskan SP4 yang mengenali Abdul Kudus sejak awal 2001 bagi menyelesaikan isu saman kerana meletakkan meja dan kerusi di atas jalan adalah pihak sebenarnya yang memulakan percubaan untuk merasuah Abdul Kudus.

Rayuan itu difailkaan ekoran keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, dekat sini, Noradidah Ahmad pada 30 Jun 2009 yang memerintahkan Abdul Kudus dihukum penjara 10 tahun dan 11 bulan selepas disabitkan bersalah atas 24 pertuduhan rasuah.

Beliau juga memerintahkan Abdul Kudus untuk menjelaskan denda sebanyak RM370,000 atau berhadapan dengan penjara 17 tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mendengar keterangan 11 saksi pendakwaan dan 12 saksi pendakwaan pada perbicaraan yang bermula pada 9 Ogos 2003.

Antara yang memberi keterangan ialah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fariza Hamzah manakala barisan pembelaan dibarisi peguam M.Manoharan dan Afifuddin Hafifi.

Semasa ditemui, Abdul Kudus menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Air matanya juga dilihat bergenang apabila mendengar keputusan tersebut.

“Sejak awal lagi, saya yakin dakwaan-dakwaan itu tidak dapat dibuktikan. Kes ini telah menghancurkan hidup saya, Emak saya, Kintan Hamzah, 63, meninggal dunia kerana serangan sakit jantung selepas saya menerima ugutan bunuh,” katanya.

Justeru itu, beliau memberitahu, sambutan Aidilfitri akan dimulakan dengan menziarahi kubur ibunya di Sungai Mati, Muar, Johor.

Abdul Kudus yang mempunyai 10 anak berusia antara satu setengah tahun dan 24 tahun menambah, sejak diberhentikan daripada MPAJ, beliau melakukan pelbagai kerja seperti membawa teksi dan penghantar surat.

“Saya tidak dapat tdur setiap kali saya perlu datang ke mahkamah. Saya rasa boleh menulis sebuah buku mengenai kisah hidup saya,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan