Inkues Kematian Teoh Beng Hock Disambung 20 September Ini

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini, pada Rabu menetapkan 20 September dan 22 Oktober untuk menyambung prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Pada tarikh itu, pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal akan memberi keterangan dan seorang ahli kimia yang juga pakar tulisan tangan turut dipanggil bagi mengesahkah satu nota yang dikatakan milik Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abbas menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh dan peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi kerajaan negeri Selangor.

Ketika prosiding Mohd Abazafree berkata beliau akan memohon supaya seorang jurubahasa Mandarin hadir pada tarikh itu bagi menterjemah kandungan nota itu sebelum dijadikan eksibit dan diserah kepada semua pihak.

Menurutnya permohonan rasmi secara bersurat akan diserahkan kepada koroner secepat mungkin.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di Tingkat Lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 bangunan sama. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan