Bakar Gereja: Rakan Dakwa Tertuduh Bersamanya

Diterbitkan: Rabu, 1 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang guru hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kedua-dua tertuduh kes bakar gereja di Desa Melawati ada bersamanya pada malam kejadian dalam satu jamuan barbeku, malah beliau sempat melihat anggota badan mereka terbakar.

Mohd Hamzan Zainal Abidin, 24, berkata ketika kejadian, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22, berada di rumahnya untuk menghadiri jamuan barbeku.

"Selepas bercakap dengan mereka, saya masuk dalam rumah semula untuk mengambil ayam dan sotong, tetapi bila dengar ada yang menjerit, ayam yang saya pegang dalam besen untuk dibawa keluar terjatuh.

"Bila keluar, saya nampak baju Apai (Faizal) dah kena api. Dek Am (Izham) yang nak tolongpun, tangan dia terkena. Dia (Faizal) menjerit kuat kat tepi api.

"Api yang menyambar tu saya tidak nampak (puncanya), tetapi saya nampak mereka kibas tangan," katanya pada perbicaraan kedua-dua beradik yang didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati pukul 11.50 malam, 7 Januari lepas.

Kedua-dua beradik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Hamzan berkata beliau meminta seorang lagi rakan yang dipanggil Jo, menghantar kedua beradik itu ke klinik Izham sebelum bertindak memadamkan api.

Beliau yang merupakan sahabat rapat Raja Mohamad Faizal, bagaimanapun tidak berkesempatan melawat tertuduh pertama di Hospital Kuala Lumpur kerana sibuk dengan urusan di sekolah.

Ketika ditanya sama ada beliau mereka-reka cerita mengenai jamuan barbeku itu untuk menyelamatkan rakannya, Mohd Hamzan berkata "Tidak setuju."

Selepas kejadian itu, beliau hanya berjumpa dengan kedua beradik tersebut pada bulan Mac atau April, dan pada Julai, seorang anggota polis menemuinya untuk mengambil keterangan.

Mohd Hamzan juga berkata beliau tidak ingat bila mereka ditangkap, tetapi tidak menafikan ada mendengar jiran-jiran bercerita mengenai perkara itu.

Terdahulu, beliau memberitahu mahkamah bahawa jamuan barbeku itu terpaksa diadakan pukul 12 malam selepas kedua beradik menyatakan mereka akan hadir lewat kerana "ada hal sikit."

Ketika ditanya sebab beliau tidak memberitahu polis mengenai jamuan barbeku itu, Mohd Hamzan berkata "Sebab dia tidak tanya saya dan sayapun hendak cepat sebab saya ada hal. Soalan diapun berpandukan nota yang dia ada sahaja."

Sebelum itu, Pegawai penyiasat Insp Mohd Hanis Abd Wahab memberitahu mahkamah bahawa Mohd Hamzan hanya menyatakan beliau mengenali kedua-dua tertuduh dan mereka terbakar akibat terkena api dari kebakaran sampah.

Hakim S.M Komathy Suppiah menetapkan Jumaat depan untuk penggulungan hujah selepas pembelaan menutup kesnya dengan memanggil empat saksi, termasuk kedua-dua tertuduh. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan