Rasuah: Pengawal Keselamatan Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang pengawal keselamatan dihukum penjara sehari bermula Isnin, dan didenda RM9,000 kerana menerima rasuah berjumlah RM4,700 berhubung pengeluaran radiator yang diimport dari India, enam tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh yang membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan salah S.D. Vetrivellu, 48, turut memerintahkan tempoh penjara dilanjut kepada enam bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu daripada seorang peniaga, M.Veerapan pada pukul 5 petang, 24 September 2004 di nombor 89, Tingkat 1, Jalan 5/10B, Spring Crest Industrial Park, Batu Caves, Gombak, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 162 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee manakala peguam Gerard Lazarus mewakili tertuduh.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan supaya seorang pegwai kastam di Pelabuhan Klang, dekat sini melepaskan empat unir radiator penyejuk air yang diimport dari India dan tertuduh merupakan orang tengah yang diminta oleh Veerapan.

Tertuduh telah meminta seorang pengarah urusan untuk berurusan dengan wakil daripada Pelabuhan Klang dan selepas dua kali rundingan, lelaki itu berjaya membawa keluar barangan itu tanpa perlu membayar cukai kepada pihak kastam.

Lelaki itu meminta bayaran sebanyak RM1,551 daripada tertuduh yang kemudiannya meminta RM4,700 daripada Veerapan yang kemudiannya membuat laporan kepada SPRM dan tertuduh ditangkap semasa sedang menerima wang tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan