Kerajaan Kelantan Saman Petronas Isu Royalti

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat memfailkan saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi menuntut tunggakan royalti minyak yang didakwa tidak dibayar sejak 1998.

Saman itu difailkan sendiri oleh Nik Aziz di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Dagang disini pada pukul 9.25 pagi Isnin, menerusi peguam Tommy Thomas yang turut disertai oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Turut kelihatan ialah ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan seperti Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan serta Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Ketibaan Mursyidul Am Pas itu pada pukul 9.20 pagi disambut dengan laungan takbir oleh kira-kira 100 penyokong termasuk daripada Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (GEGAR).

Berdasarkan penyataan tuntutan, Kerajaan Negeri Kelantan selaku plaintif yang menamakan Petronas sebagai defendan mendakwa Kerajaan Negeri tersebut memiliki bidang kuasa tunggal dan eksklusif untuk membuat undang-undang berkaitan semua perkara mengenai tanah dan galian.

Plaintif seterusnya mendakwa, Perjanjian Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 telah ditandatangani oleh Datuk Mohamed Nasir selaku Menteri Kelantan semasa itu dan Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang merupakan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas ketika itu.

Dakwanya lagi, Kerajaan Kelantan telah memberikan hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan untuk mencarigali, mengeksploitasi, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada yang terdapat di pantai atau di luar pantai Kelantan sebagai balasan kepada bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan bersamaan 5 peratus nilai petroleum yang dijual.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa defendan secara salah telah gagal untuk memberi apa-apa maklumat tentang aktiviti cari gali, takat pengeluaran mahupun membuat bayaran-bayaran tunai berhubung petroleum yang diperoleh.

Dakwanya lagi, Menteri Besar Kelantan telah menulis kepada Ketua Eksekutif Petronas meminta supaya pembayaran dibuat menerusi surat pada 31 Disember 2009 yang mana balasan yang diterima pada 2 Februari dan 12 April 2010 menyatakan Kerajaan Negeri tidak berhak untuk menerima apa-apa bayaran tunai.

Justeru itu, plaintif mendakwa Petronas telah melanggar perjanjian kerana enggan membuat bayaran dan masih secara salah mendapatkan dan memperoleh petroleum serta secara alternatif telah secara tidak adil mendiskriminasikan kerajaan Kelantan yang dikuasai oleh Pas yang merupakan parti politik pembangkang.

Tindakan Petronas didakwa menyebabkan kerugian kewangan yang teruk kepada Kelantan yang akan berterusan sedemikian dan Kelantan tidak menerima layanan yang saksama dengan Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Sehubungan itu, plaintif menuntut Pelaksanaan Spesifik Perjanjian Petroleum Kelantan dan supaya Petronas membuat pendedahan berhubung fakta berkaitan tempoh petroleum dikeluarkan, kawasan petroleum diperoleh dan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.

Plaintif juga menuntut perintah supaya semua tunggakan pembayaran tunai hendaklah dibayar dalam tempoh sebulan daripada tempoh mahkamah, ganti rugi-ganti rugi, faedah ke atas semua jumlah yang diperintahkan dibayar pada kadar 8 peratus bagi tempoh yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Selain itu, plaintif juga menuntut perintah supaya semua pembayaran tunai pada masa hadapan dibayar kepada Kelantan bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan menurut terma-terma Perjanjian Petroleum Kelantan dan Akta Kemajuan Petroleum, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan