Mahkamah Tolak Usaha Subramaniam Untuk Halang Akhbar Tamil Terbitkan Artikel Fitnah

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam untuk menghalang sebuah akhbar bahasa Tamil daripada terus menerbitkan artikel fitnah mengenainya.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menolak dengan kos permohonan Subramaniam selepas mendengar hujahan daripada para peguam yang mewakili kedua-dua pihak, di dalam kamar.

Pada 7 Jun, Subramaniam memfailkan saman terhadap Makkal Osai kerana memfitnah beliau dalam tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu pada 24, 25 dan 29 Mei tahun ini.

Beliau menamakan penerbit Makkal Osai, Makkal Osai Sdn Bhd, pencetak akhbar itu FKZ Printing Sdn Bhd, wartawannya K.Devandran dan bekas pengerusi MIC bahagian Petaling Jaya Selatan V.Subramaniam sebagai defendan dalam saman itu.

Peguam K.Saraswathy bagi penerbit, pencetak dan wartawan itu memberitahu media bahawa tiada asas yang diberikan hakim dalam menolak permohonan Subramaniam.

Peguam J.Chandra mewakili defendan keempat (V.Subramaniam) manakala P.Paari mewakili Subramaniam.

Dalam kenyataan tuntutannya, Subramaniam mendakwa bahawa artikel itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak jujur dan penipu.

Beliau memohon kepada mahkamah bagi perintah injunksi bagi menghalang defendan melalui ejen-ejen mereka atau individu daripada terus menerbitkan semula artikel itu.

Subramaniam memohon ganti rugi am, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan