Dua Suri Rumah Didenda RM10,000 Seorang Kerana Miliki Mercun Dan Bunga Api

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Dua orang suri rumah yang ditahan semalam oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) kerana memiliki sejumlah mercun dan bunga api, Khamis dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara lima bulan setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Norhidayah Mohd Saad menjatuhi hukuman itu setelah kedua-dua tertuduh Norhafizawati Hasim, 27, dan Rohaidatul Asma Jusoh, 28, yang tidak diwakili peguam mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan.

Kedua-dua suri rumah yang berasal dari Simpang Empat, Perlis itu dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana memiliki pelbagai jenis bahan letupan tanpa tujuan yang sah di sisi undang-undang pada 9.30 pagi 18 Ogos lepas di Kampung Lembah Biak, Perlis.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota UPP Chuping menahan kereta yang dipandu Norhafizawati di kampung Lembah Biak dan setelah diperiksa, pasukan itu menemui 11 jenis mercun dan bunga api dalam tiga guni serta dua kotak besar yang dianggarkan bernilai RM8,000.

Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana ia merupakan kesalahan besar selain menjadi pengajaran kepada orang lain.

"Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam supaya orang lain menghindari perbuatan seperti ini," katanya.

Sebelum itu, kedua-dua tertuduh merayu mahkamah mengenakan hukuman paling ringan kerana mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukan selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Norhafizah dalam rayuannya berkata dia mempunyai dua anak dengan seorang daripadanya masih menyusu manakala Rohaidatul Asma pula berkata dia mempunyai tiga anak yang masih kecil. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan