Beri Faedah Kepada Pesaing: Pengarah Syarikat Didenda

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Khamis, memerintahkan seorang pengarah syarikat yang menjalankan perkhidmatan jalur lebar membayar denda RM3,000 kerana melepaskan jawatan sehingga menyebabkan syarikat pesaing yang di bawah tanggungjawabnya mendapat faedah.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad juga memerintahkan Tan Huck Jin, 28, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Tan mengaku salah melakukan perbuatan itu antara 1 Jun dan 31 Ogos 2008 semasa bergelar Pengarah Syarikat MyBroadband.Com Sdn Bhd di nombor 22-1, Jalan Pudu Metro, Fraser Business Park, di sini.

Tindakan Tan melepaskan jawatan itu telah menyebabkan syarikat tersebut kehilangan ruang perniagaan di Giant Hypermarket Bukit Tinggi, Pandamaran, Klang kepada Syarikat Mobif Broadband Shop Sdn Bhd.

Tan juga menjawat jawatan sebagai pengarah kepada Mobif Broadband.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 132(3)(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000, jika sabit kesalahan.

Peguam Ng Si Seng yang mewakili Tan merayu supaya mahkamah dapat menjatuhkan hukuman yang ringan memandangkan tertuduh telah memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semasa ditangkap.

Pegawai Pendakwa SSM, Cheng Jee Khuan bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal dikenakan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

“Perbuatan tertuduh telah menyebabkan kerugian kepada MyBroadband yang melibatkan pemegang saham syarikat dan pekerja-pekerjanya,” kata Cheng dan menambah kesalahan seumpamanya semakin meningkat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan