Bekas Timbalan Pendakwa Raya Diarah Bela Diri Cuba Lupus Kereta Curi

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) diarahkan untuk membela diri atas tuduhan cuba melupuskan sebuah kereta mewah milik isterinya yang didakwa dicuri, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu terhadap Lukman Zainuddin, 37, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie untuk dijawab tertuduh.

Beliau kemudiannya menetapkan 1 Oktober depan untuk Lukman, 37, yang berkhidmat sebagai TPR antara 1997 hingga 2002 untuk membela diri.

Lukman diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.

Lukman didakwa cuba melupuskan kereta BMW18i(A) yang bernombor pendaftaran ADT 6677 di Pangsapuri Putra Harmoni di Presint 9, Putrajaya, dekat sini, antara pukul 11 malam, 24 Mac 2006 dan 12.15 tengah malam, 25 Mac 2006.

Kereta itu milik isteri Lukman, Siti Zarina Abdul Manaf yang merupakan seorang peguam. Siti Zarina membuat laporan mengenai kereta itu dicuri.

Pendakwaan terhadap Lukman dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lukman juga berhadapan dengan satu lagi pertuduhan bersubahat dengan bekas anggota polis, M. Kumaranavasu untuk melupuskan kereta yang sama di tempat dan masa yang sama.

Kumaranavasu ditangkap semasa sedang memandu kereta itu ke sempadan Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu, Kedah, pada pukul 5.30 petang, 25 Mei 2006.

Bagaimanapun, dia tidak didakwa sebaliknya dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

Zarida membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 14 saksi pendakwaan termasuk Siti Zarina.

Siti Zarina juga merupakan penjamin kepada Lukman. Pasangan tersebut telah berkahwin selama 13 tahun dan mempunyai empat orang anak.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan