Benjy Bebas Tuduhan Guna Dadah Tetapi Hadapi Dua Kes Lain

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu, daripada tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya pada 15 Mac lepas tetapi dia akan dibicarakan terhadap dua pertuduhan lain mulai Khamis.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan melepaskan dan membebaskan anak seniwati Azean Irdawty itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya menerima notis semalam supaya pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) itu ditarik balik.

Bagaimanapun, Benjy, 32, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, selama dua tahun masih mempunyai dua pertuduhan lain iaitu memiliki dadah jenis sama sebanyak 0.24 gram di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lepas, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang hari yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Prosiding perbicaraan kes pelakon itu yang sepatutnya berlangsung Rabu terpaksa ditangguhkan selepas peguam bela Amer Hamzah Arshad memohon kepada mahkamah agar kedua-dua kes berkenaan dibicarakan secara berasingan kerana terdapat perbezaan masa dan lokasi.

"Kedua-dua pertuduhan ini berlaku di tempat dan masa yang berbeza iaitu satu di Segambut dan satu lagi di Kepong dan dalam hujahan jenayah, jika ada dua pertuduhan berbeza, setiap pertuduhan harus berjalan berasingan," katanya.

Nurmardiana kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa mengikut Seksyen 163 Kanun Acara Jenayah, perbicaraan boleh dilakukan serentak.

"Kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh adalah mengikut seksyen yang sama dan dadah yang terlibat pun jenis yang sama serta saksi-saksi pendakwaan adalah individu yang sama," katanya.

Hafizza bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan untuk kes tersebut dibicarakan bersama kerana jenis dadah dan saksi yang akan dipanggil bagi kedua-dua pertuduhan adalah sama.

Beliau menetapkan perbicaraan selama dua hari bagi kedua-dua kes itu bermula esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan