Bekas Pekerja Kilang Merogol Dipenjara Lapan Tahun

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang wanita mengalami detik-detik pahit apabila dirogol selepas ditahan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah bersama suaminya, lima tahun lalu.

Mangsa yang semasa itu berusia 20 tahun dipaksa duduk di tempat duduk belakang kereta Proton Wira Aeroback dan diacukan sebilah parang pada bahagian leher.

Pada Selasa, wanita tersebut mendapat pembelaannya selepas lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu dihukum penjara selama lapan tahun selepas mengaku salah.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Slamat Yahya memerintahkan hukuman terhadap K.Murugan, 27, berkuatkuasa daripada tarikh dia ditangkap, iaitu 10 Julai 2005.

Murugan yang merupakan bekas pekerja kilang didakwa merogol mangsa antara pukul 11 dan 12.30 tengah malam, 22 Mei 2005 di belakang rumah di Jalan Samarinda, Taman Emas, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan, mangsa dan suaminya yang sedang menunggang basikal untuk pulang ke rumah ditahan oleh tiga lelaki termasuk tertuduh.

Mangsa dibawa ke kereta tersebut dan dirogol sementara suaminya diikat di kawasan mereka ditahan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan