Pengurusan Saman RM2j Zahnita 29 Oktober

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sivil di sini Selasa, menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan bagi pengurusan kes saman RM2 juta oleh model terkenal, Zahnita terhadap syarikat Gulatis Exclusive Sdn Bhd (Gulatis).

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam T.Kumar yang mewakili Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 30, selepas kes disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng.

Gulatis selaku defendan diwakili peguam Abdullah Abd Rahman.

Lee pada 4 Jun lalu menolak permohonan Gulatis untuk membatalkan saman kerana mendapati wujud beberapa isu yang perlu diperjelaskan dalam kes tersebut.

Zahnita, yang juga seorang pelakon memfailkan saman itu pada 11 Disember 2009 kerana mendakwa Gulatis telah menggunakan gambarnya dalam semua bentuk iklan perniagaan tanpa persetujuan dan keizinannya.

Berdasarkan penyataan tuntutannya, Zahnita mendakwa telah memberikan kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) untuk menggunakan gambarnya khusus bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga mulai Januari 2008.

Pada 23 Julai 2008, Zahnita mendakwa Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya yang menjadi hak KKSB bagaimanapun tidak dipersetujui olehnya.

Dakwa Zahnita lagi, pada 30 Julai 2008, dia mendapati gambarnya telah digunakan pada iklan poster, banner dan brosur untuk kepentingan perniagaan Gulatis.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan