Kes Saman Bapa Nurin Jazlin Disebut 15 Oktober

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sivil di sini Selasa, memerintahkan pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman sivil bapa seorang kanak-kanak yang diculik dan dibunuh dengan kejam, Nurin Jazlin Jazimin untuk melakukan penyelidikan berhubung dua isu sebelum kes disebut semula pada 15 Oktober depan.

Peguam Akbardin Abdul Kader yang mewakili plaintif, Jazimin Abdul Jalil ketika ditemui berkata, isu tersebut ialah berhubung ganti rugi dan juga sekiranya perbuatan yang dilakukan oleh Lans Koperal Amran Arifin adalah perbuatan yang tidak termasuk dalam skop tugasan.

Amran yang dinamakan sebagai salah seorang defendan dalam saman tersebut didakwa mengedar gambar-gambar bedah siasat Nurin Jazlin ke dalam internet.

Kes disebut di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal.

Ketika ditanya sekiranya kedua-dua pihak telah dapat mencari jalan penyelesaian berhubung saman tersebut, Akbardin memberitahu: “Sehingga kini penyelesaian masih belum dicapai.”

Jazimin, 35, seorang pekerja di syarikat keselamatan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan atas dakwaan cuai ekoran pengedaran gambar bedah siasat anaknya di internet.

Plaitif sebelum ini menamakan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Amran dimasukkan sebagai defendan selepas empat denfedan terawal menerusi penyetaan pembelaan mereka mengaku bahawa gambar tersebut diedarkan oleh anggota polis tersebut.

Kesemua defendan kecuali Amran diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd Dom.

Dalam saman sivil itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai kerana mendakwa gambar-gambar tersebut bersifat sulit dan peribadi dan bukan untuk tatapan umum tetapi hanya untuk tujuan penyiasatan kes Nurin.

Nurin, 8, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayatnya dijumpai dalam sebuah beg sukan 27 hari kemudian di hadapan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya, dekat sini dan laporan bedah siasat mendedahkan bahawa dia pernah didera secara seksual.

Pada 13 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jazimin supaya kes saman itu diselesaikan dengan cepat melalui penentuan persoalan undang-undang selepas memutuskan bahawa perkara itu mesti diputuskan menerusi perbicaraan penuh.

Pada 22 Julai lalu, Timbalan Pendaftar, Wan Nursalena Wan Abdullah menetapkan hari ini, untuk kes saman itu cuba diselesaikan menerusi proses mediasi (pengantara).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan