Hujahan Kes Bunuh Syafiah Humaira 7 September

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 September ini untuk pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes bunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari mengemukakan hujahan di peringkat akhir pembelaan, sebelum mahkamah membuat keputusannya.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan tarikh itu selepas peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, secara rasminya menutup pembelaan pada Selasa.

Dalam usaha melepaskan diri daripada tuduhan itu, tertuduh memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang pesalah dan memanggil ibunya, Nor Haziah Yusof, 52, dan juga ibu mangsa, Siti Norhanim Aziz, 25, untuk menyokong pembelaan.

Mohd Fazli Azri yang memiliki seorang anak hasil hubungannya dengan Siti Norhanim, bekas pelayan di kelab karaoke kini berhadapan dengan hukuman mati sekiranya disabitkan bersalah membunuh Syafiah Humaira yang berusia tiga tahun empat bulan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Batang Kali, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Syafiah Humaira yang manja dipanggil Pia meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan abdomen.

Keterangan empat saksi mata sebelum ini menyatakan, tertuduh telah memijak dan menendang perut mangsa yang dikatakan enggan memakai selipar.

Bagaimanapun dalam pembelaannya, tertuduh memberitahu dirinya berada dalam pengaruh ganja dan alkohol, sehingga menyebabkan dia tidak mengingati apa yang berlaku.

Dia juga mendakwa sangat menyayangi mangsa seperti anak sendiri meskipun mangsa ialah anak kepada Siti Norhanim bersama suaminya, Sahari Usul yang kini sedang dibicarakan juga atas tuduhan membunuh.

Terdahulu, Gurbachan membatalkan hasratnya untuk memanggil Inspektor Noorsyam Hanom Sharom yang bertanggungjawab merakamkan percakapan beramaran tertuduh selepas berjaya memperoleh laporan polis yang mengesahkan ujian air kencing tertuduh adalah positif dadah.

Ujian air kencing itu diadakan setelah tertuduh ditangkap pada pukul 12.30 tengah malam, 27 Februari lalu.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan