Hakim Kurangkan Jaminan Selepas Pertimbangkan Rayuan Ibu Tertuduh

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Sesyen Latifah Mohd Tahar mengurangkan jaminan ke atas seorang penganggur yang menghadapi pertuduhan meragut beg seorang staf Hospital Kuala Lumpur selepas mempertimbangkan rayuan ibu tertuduh.

Ibu tertuduh, Julita Mohd Razani, 44, dengan nada sebak memberitahu hakim bahawa dia orang susah dan hanya bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah pasar raya.

Semasa Hakim bertanya berapakah wang yang beliau ada, ibu tertuduh berkata dia hanya ada RM1,000 sahaja dan tidak mampu membayar jaminan RM7,000 yang ditetapkan ke atas anak bongsunya Muhammad Junaidi Alias.

Hakim Latifah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan 23 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Muhamad Junaidi, 19, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meragut beg tangan berisi satu buku nota kerja, dua batang pen dan wang tunai RM10 milik Norazura Asmuni, 21, di Jalan Samudera Utama, Batu Caves, Gombak pada 5.20 petang, 13 Ogos lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau disebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akmalhana Mohammed. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan