Bekas Peniaga Saman Ketua Polis Negara RM2juta

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peniaga memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi bernilai RM2 juta daripada Ketua Polis Negara dan tiga yang lain kerana mendakwa dikasari sehingga mendatangkan kecederaan semasa menyertai perhimpunan BERSIH, tiga tahun lalu.

Aleyasak Hamid@Hassan, 34, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Murnie Hidayah Anuar pada pukul 3 petang Selasa, di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Selain Ketua Polis Negara, plaintif turut menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan.

Turut hadir di mahkamah ialah isteri plaintif, Mariam Jameela Megat Mohd Yusof, 29 dan tiga orang anak mereka.

Berdasarkan penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa dia telah menyertai perhimpunan itu pada pukul 4 petang, 10 November 2007 di Jalan Tun Perak, berdekatan Dataran Merdeka, di sini yang diadakan untuk menuntut sistem pilihan raya negara dirombak menjadi lebih telus dan adil.

Perhimpunan itu turut disertai oleh ahli-ahli parti politik seperti PAS, DAP, PKR dan badan-badan bukan kerajaan, pergerakan-pergerakan pelajar dan juga orang awam.

Dakwa plaintif, terdapat anggota-anggota polis dan juga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang membawa peralatan seperti baton, perisai dan ada di antaranya membawa senjata api berada dalam posisi di kawasan sekitar.

Seterusnya plaintif mendakwa telah terjatuh akibat diserang dan ditolak dari belakang sebelum badan dan kaki kirinya dipijak oleh FRU.

Dia juga mendakwa dipijak dan disepak berkali-kali di bahagian lutut dan rusuk kanan.

Plaintif mendakwa lagi, dia yang telah merayu berkali-kali supaya perbuatan itu dihentikan kerana kaki kirinya telah patah turut dihembur dengan kata-kata kesat.

Selain patah kaki kiri, plaintif juga mendakwa perbuatan itu menyebabkan luka, lebam dan bengkak di lutut kiri serta mengalami kejutan psikologi, ketakutan, kehilangan reputasi dan kerisauan mental.

Plaintif mendakwa, dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5 petang, hari yang sama dan telah menjalani pembedahan kaki kiri yang patah pada 12 November 2007 serta perlu menjalani rawatan sehingga hari ini.

Justeru itu, plaintif memohon ganti rugi am dan ganti rugi teruk bernilai RM1 juta setiap satu, ganti rugi khas, faedah dengan jumlah 8 peratus sehingga tarikh penyelesaian, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan