Tertuduh Dakwa Khayal, Mabuk Semasa Tendang, Pijak Syafiah Humaira

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemandu teksi yang membela diri atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira Sahari mengakui dirinya berada di bawah pengaruh alkohol dan ganja menyebabkan dia tidak mengingati kejadian kanak-kanak itu ditendang dan dipijak di padang bola, enam bulan lalu.

Mohd Fazli Azri Jamil, 28, berkata, dia mengambil ganja dan minum dua botol Guiness Stout pada petang 25 Februari lalu, sebelum ke padang bola bersama Syafiah Humaira dan anaknya, Shakimie Iqbal.

“Masa di padang bola saya rasa high (khayal) dengan dadah dan stout yang saya ambil serta tidak berapa ingat apa yang saya buat. Saya langsung tak ingat saya pijak atau tendang Pia (gelaran Syafiah Humaira). Saya juga tidak ingat perkataan yang digunakan,” tambahnya.

Dia juga memberitahu, ujian air kencing yang dilakukan di Balai Polis Kuala Kubu Baru, dekat sini, didapati positif.

Keterangan itu diberikan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh dan dia yang mula membaca keterangan pada pukul 9.45 pagi Isnin, tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak lima minit kemudian.

Esakan tertuduh menyebabkan pembacaannya tersekat-sekat dan jurubahasa Mahkamah Tinggi di sini, segera menghulurkan tisu.

Beberapa ahli keluarga tertuduh yang berada di mahkamah juga menangis.

Dalam pembelaannya tertuduh juga mendakwa Syafiah Humaira, tiga tahun empat bulan, seorang yang sangat aktif dan selalu jatuh termasuk pada hari kejadian, di mana kepalanya terkena dinding tandas semasa mandi.

Tertuduh yang merupakan teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Norhanim Aziz juga mengekalkan pembelaannya sejak awal bahawa kanak-kanak itu terjatuh daripada motosikal.

“Pia tidak pakai topi keledar. Masa saya menunggang terdapat satu bonggol yang saya tidak perasan. Motosikal saya tersentak.

Pia terjatuh ke atas jalan dan cedera di kepala, muka dan tangan,” katanya.

Dia yang diwakili peguam Gurbachan Singh menambah, kejadian pintu teksi dan pintu klinik terkena kepala Syafiah Humaira adalah kejadian yang tidak disengajakan.

Selain itu, dia juga memberitahu, Syafiah Humaira muntah yang mengandungi darah selepas diberi dua jenis ubat yang dibelinya dari kedai jamu pada harga RM8.

“Saya langsung tidak berniat untuk membunuh atau mencederakan Pia. Saya sangat kesal dengan kematian Pia, seorang anak kecil yang saya sayangi sebagai anak sendiri,” katanya dan menambah sedih dan keliru sehingga tidak boleh memandu selepas dimaklumkan kematian Pia.

Sementara itu, ibu tertuduh, Nor Haziah Yusof, 52, selaku saksi pembelaan kedua memberitahu tidak mengetahui tabiat anaknya yang menagih dan minum minuman keras.

Mengenai hubungan tertuduh dan Siti Norhanim, dia berkata: “Mereka ada anak (Shakimie Iqbal). Saya mahu nikahkan, tapi dapat tahu Hanim isteri orang. Saya kata, kalau dah bercerai, saya nak kahwinkan pada Oktober ini.”

Siti Norhanim, 25, selaku saksi pembelaan ketiga pula pula berkata, tertuduh bukan seorang kaki pukul atau panas baran.

“Tertuduh akan khayal, tidak stabil dan pelupa apabila mengambil dadah,” tambahnya yang turut menafikan bahawa dia kini sedang mengandung.

Dalam kes ini, Mohd Fazli Azri sedang membela diri atas tuduhan membunuh Syafiah Humairah di padang bola, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Dia kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Hanim Abd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambug Selasa.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan