Dua Bekas Pegawai Tertinggi Pempena Didakwa Pecah Amanah

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Operasi Pempena Sdn Bhd, Mohammad Rosly Md Selamat dan bekas Ketua Pengawal Kewangan syarikat itu Lim Khing Tai, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan RM169,770, empat tahun lalu.

Mohammad Rosly, 56, didakwa melakukan kesalahan iaitu dengan curangnya menggunakan wang yang diamanahkan kepadanya untuk membayar kepada Ummi Hafilda Ali melalui empat keping cek Bumiputra Commerce Berhad.

Tertuduh didakwa menggunakan wang itu sebagai bayaran penajaan bagi penganjuran Konsert Amr Diab walaupun mengetahui pembayaran itu masih belum mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Pempena Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pempena Sdn Bhd, Tingkat 29, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, pada 15 Ogos 2006, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pempena Sdn Bhd adalah Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Tourism Malaysia.

Lim juga didakwa dengan pertuduhan yang sama.

Mohammad Rosly yang diwakili peguam bela Rejender Singh memohon agar wang jaminan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Anas Mahadzir dikurangkan daripada RM50,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.

"Wang jaminan yang dikemukakan terlalu tinggi dan anak guam saya tidak mampu atas alasan beliau tidak lagi bekerja dan perlu menanggung empat anaknya yang masih bersekolah," katanya.

Rejender juga memohon kepada mahkamah agar pasport diserahkan semula atas alasan anak guam dan keluarganya akan mengadakan perjumpaan keluarga di Melbourne pada 26 Ogos sehingga 5 Sept ini.

Sementara itu Lim yang diwakili peguam Cheow Wee turut memohon bagi mengurangkan jaminan dengan alasan bahawa anak guamya itu perlu menjaga bapanya yang uzur.

Hakim Rozana Ali Yusoff membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Mohammad Rosly menyerahkan pasport kepada mahkamah pada 6 Sept manakala Lim diarah menyerahkannya hari ini.

Mahkamah menetapkan 6 Sept untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan