Bekas COO Pempena, Ketua Pegawal Kewangan Didakwa Pecah Amanah

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Operasi Pempena Sdn Bhd, Mohammad Rosly Md Selamat dan bekas Ketua Pengawal Kewangannya, Lim Khing Tai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM169, 770.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan empat tahun lalu semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.

Mohammad Rosly, 56, didakwa dengan curangnya telah menggunakan wang yang diamanahkan kepadanya untuk membayar Ummi Hafilda Ali menerusi empat keping cek Bumiputera Commerce Berhad.

Wang itu didakwa sebagai bayaran penajaan bagi penganjuran Konset Amir Diab sedangkan tertuduh tahu pembayaran tersebut masih belum mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Pempena.

Pempena adalah Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Tourism Malaysia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 15 Ogos 2006, di pejabat Pempena di Tingkat 29, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Lim yang tidak lagi bekerja didakwa atas pertuduhan yang sama dengan Mohammad Rosly.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Anas Mahadzir menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dengan syarat pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Rejender Singh yang mewakili Mohammad Rosly merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM10,000 kerana jumlah itu terlalu tinggi untuk tertuduh yang tidak lagi bekerja.

“Tertuduh juga menanggung empat orang anak yang masih bersekolah. Saya juga memohon supaya pasport diserahkan kepada tertuduh kerana keluarganya akan mengadakan perjumpaan di Melbourne, Australia antara 26 Ogos sehingga 5 September,” tambah Rejender.

Lim yang diwakili peguam Cheow Wee turut merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana menjaga bapanya yang uzur.

Rozana menetapkan jaminan terhadap kedua tertuduh pada jumlah RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 6 September depan di mana Mohammad Rosly akan menyerahkan pasportnya mankala pasport Lim diserahkan hari ini (Isnin).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan