Tuntutan Palsu: Bekas Pegawai Kewangan Kelantan Bebas Tuduhan

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad membebas dan melepaskan bekas Pegawai Kewangan Kelantan Shkori Mohamed atas tuduhan bersubahat membuat tuntutan palsu membabitkan projek Istana bernilai RM267,960.

Hakim Zainal L. Salleh ketika membacakan penghakimannya mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi dan pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Shkori, 57.

"Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, saya mendapati tiada keterangan jelas yang membuktikan sabitan bersubahat dan dengan itu tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya.

Selepas keputusan itu, Shkori dilihat mengalirkan air mata sambil dipeluk keluarganya yang memenuhi galeri awam itu.

Mengikut pertuduhan, Shkori didakwa menerima invois palsu 'Tuntutan Membekal Bahan dan Kerja-Kerja Membina bagi menyiapkan Rumah Puyuh di Projek Diraja, Banggol' bertarikh 3 Dis 2008 daripada seorang kontraktor Yusri Che Noh, 37.

Projek dengan keluasan 7,656 kaki persegi itu bernilai RM267,960.

Shkori didakwa bersubahat kerana ketika dokumen tuntutan itu diserahkan kepadanya di Pejabat Perbendaharaan Negeri di sini pada Disember 2008, projek Rumah Puyuh itu tidak dilaksanakan.

Atas pertuduhan tersebut, beliau didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Shkori diwakili peguam Ahmad Zaidi Zainal, Zainal Abidin Mustaffa dan T. Kumar manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahsan Abdul Latiff. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan