Tiga Didakwa Bunuh Adik V.K Lingam

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat, atas tuduhan membunuh adik bongsu peguam Datuk V.K Lingam di sebuah kuil, minggu lalu.

D.Saravanan Kumar, 29, V.Thayalan dan M.Devidasan kedua-duanya berusia 30, sekadar mengangguk faham akan pertuduhan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh yang berasal dari Punchong, dekat sini.

Mereka didakwa membunuh V. Rajendran, 52, antara pukul 8.30 malam, 2 Ogos dan 12,05 tengah malam, 3 Ogos lalu di Kuil Audiyar Muniswar, Jalan Puteri, Bandar Puteri, Puchong.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Saravanan bekerja sebagai tukang wayar, Thayalan (bekerja sendiri) dan Devidasan (pekerja kilang) diwakili peguam P.Sutheswary sementara peguam S.Thisinayagam bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga mangsa.

Mohamad Ibrahim menetapkan 23 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Turut kelihatan berada di mahkamah ialah ahli keluarga mangsa, yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

V.K Lingam yang pernah memberi keterangan berhubung video kontroversi yang didakwa kononnya mengatur pelantikan hakim merupakan abang sulung kepada mangsa.

Pada 3 Ogos lalu, Rajendran yang difahamkan penjaga kuil tersebut ditemui mati di sebuah stesen minyak selepas dipercayai dibelasah oleh tiga lelaki.

Keluarga mangsa juga pernah mengiklankan akan memberi ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat berhubung pembunuhan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan