Orang Asli Didakwa Merogol Budak

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki Orang Asli dari suku Temuan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Jumaat, atas tuduhan merogol yang didakwa dilakukannya lebih sebulan lalu.

Roma Irama Mohd Rafi, 25, bagaimanapun tidak dapat memberikan pengakuannya ekoran tidak memahami pertuduhan yang dibacakan di dalam bahasa Malaysia di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 16 tahun tujuh bulan pada pukul 10 malam, 25 Jun lalu di Kampung Orang Asli Gurney, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, dekat sini.

Dia yang bekerja sendiri kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdine Bahrom. Hasbi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 September ini sebagai tarikh sebutan untuk mendapatkan jurubahasa Orang Asli bagi membacakan pertuduhan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan