Denda RM25,000 Kerana Bertindak Sebagai Pengarah Walaupun Masih Bankrap

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat Rabu didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu kerana bertindak sebagai pengarah walaupun masih lagi diisytihar bankrap dan membuat kenyataan palsu.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkata bekas pengarah Europemas Automobile Sdn Bhd, Zol Bahari Ab Bakar, didenda RM10,000 atau dipenjara lima bulan jika ingkar membayar denda kerana kesalahan itu mengikut Seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965.

Pertuduhan terhadap Zol Bahari menyatakan bahawa beliau pada 19 April, 2005 dan 20 Mei, 2005, ketika masih diisytihar bankrap, bertindak sebagai seorang pengarah Europemas Automobile Sdn Bhd tanpa memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi, menurut kenyataan SSM di sini.

Kesalahan itu membawa hukuman maksimum RM100,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Zol Bahari juga didenda RM15,000 dan jika ingkar dipenjara tujuh bulan dengan membuat kenyataan palsu dalam borang 48A yang menyatakan beliau bukanlah seorang yang bankrap, antara 15 April, 2005 dan 30 April, 2005.

Bagi tuduhan itu, dia disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965, yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 atau dipenjara dalam tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-dua.

Kenyataan itu menyatakan bahawa pertuduhan itu terhadap bekas pengarah tersebut menunjukkan SSM meneruskan usaha bagi memastikan pematuhan Akta Syarikat menerusi penguatkuasaan yang berkesan serta sebagai peringatan kepada semua pengarah syarikat untuk mematuhi keperluan akta berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan