Pemandu Lori Sogok Pegawai JPJ Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang pemandu lori dihukum penjara sehari bermula Selasa, selepas mengaku bersalah menyogok seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh turut memerintahkan Ng Kian Kong, 49, menjelaskan denda RM4,500 atau berhadapan dengan hukuman penjara empat bulan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Ng mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memberi rasuah RM210 kepada Penolong Pegawai JPJ, Fazli Mohamed Yasin pada pukul 8.50 pagi, 2 Jun lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melakukan kesalahan membawa muatan berlebihan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Zakiah Che Mah mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan