Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas urusetia Persatuan Bekas Polis Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu, atas tuduhan menerima rasuah RM10,000, dua tahun lalu.

S. Tilagavathy, 41, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu daripada pemilik syarikat JEI Enterprise Sdn Bhd, M. Tangaraja pada pukul 5.10 petang, 12 Disember 2008.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran KFC Kajang, Jalan Semenyih, Hulu Langat, dekat sini dan suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk menguruskan pembaharuan lesen barang lusuh syarikat tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi.

Mat Ghani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 September depan sebagai tarikh sebutan bagi lantikan peguam.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan