Keputusan Akhir Pendakwaan Kes Bunuh Syafiah Humaira Khamis

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Khamis, untuk memberikan keputusan di akhir peringkat pendakwaan terhadap seorang pemandu teksi yang didakwa membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari, enam bulan lalu.

Keputusan yang akan dibuat Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki itu bakal menentukan sama ada tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, akan dipanggil untuk membela diri atau dilepaskan daripada tuduhan tersebut.

Terdahulu, Mohtarudin mendengar hujahan yang dikemukakan pihak pendakwaan menerusi Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani dan juga hujahan balas oleh peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh.

Idham menghujahkan pihaknya telah membuktikan prima facie yang perlu dijawab oleh Mohd Fazli, yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa, Siti Norhanim Aziz.

Beliau menambah, perbuatan tertuduh yang menendang, menyepak dan memijak mangsa berkali-kali dengan menggunakan kasut bola menunjukkan tertuduh mempunyai niat mendatangkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.

“Kecederaan tersebut adalah pada bahagian tubuh yang penting,” kata Idham dan menambah terdapat empat orang saksi yang melihat kejadian itu.

Merujuk kepada keterangan Pakar Perunding Forensik Kanan Hospital Sungai Buloh, dekat sini Dr Shahidan Md Noor, Idham berkata, kecederaan yang dialami mangsa di bahagian perut menyebabkan kematian yang lebih cepat berbanding di bahagian kepala.

“Hasil bedah siasat mendapati otak dan buah pinggang kanan mangsa bengkak dan terdapat banyak darah di dalam ruang perut. Pemeriksaan luaran menjumpai kecederaan berbentuk ‘u’,” katanya.

Shahidan juga berpendapat kasut bola yang dirampas daripada rumah tertuduh boleh menyebabkan kecederaan sebegitu.

Seterusnya Idham menghujahkan bahawa percanggahan cerita oleh tertuduh kepada beberapa saksi pendakwaan mengenai kecederaan mangsa menunjukkan kelakuannya mahu melepaskan diri dengan berbohong.

Mohd Fazli Azri didakwa atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola sepak di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Dia kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan