Isu Balkis: Mahkamah Putuskan AG Boleh Rayu - Berita Mahkamah | mStar

Isu Balkis: Mahkamah Putuskan AG Boleh Rayu

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa memutuskan bahawa Peguam Negara boleh merayu untuk mengetepikan kebenaran yang diberikan Mahkamah Tinggi kepada kerajaan Selangor dan sembilan yang lain untuk mencabar kesahihan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran Balkis.

Balkis ialah badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri ahli-ahli dewan negeri dan ahli parlimen Selangor.

Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara menolak permohonan oleh 10 pemohon untuk membatalkan notis difailkan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hakim Zaleha memutuskan bahawa Peguam Negara mempunyai hak untuk hadir pada prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dan adalah tidak 'fatal' notis rayuan difailkan oleh Peguam negara dan bukan ROS.

Dua hakim lagi ialah Hakim-hakim Mohamed Apandi Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Kerajaan Selangor, isteri kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Puan Sri Salbiah Tunut, presiden Balkis sekarang; Permodalan Negeri Selangor Berhad; Kumpulan Darul Ehsan Berhad; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor; dan lima yang lain memohon pembatalan notis rayuan atas alasan perayu yang tidak wajar dinamakan dalam notis itu.

Mereka mendakwa ROS sepatutunya disebut dalam notis itu dan bukan Peguam Negara.

Balkis muncul dalam berita utama selepas Khalid mendakwa berlaku penyelewengan dananya di bawah presiden sebelumnya Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Peguam Kanan Persekutuan Nadia Hanim Mohd Tajudin dan Haryati Ahmad berkata mereka akan memfailkan dokumen berhubung rayuan mereka. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan