Bekas Pemandu Bas Dipenjara, Denda Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemandu bas sekolah berusia 59 tahun yang telah merempuh dan mengheret seorang penunggang motosikal sejauh 14 meter dihukum penjara selama 30 hari bermula Isnin, oleh Mahkamah Trafik di sini.

Majistret Nik Haslinie Hashim turut memerintahkan N.Priyasamy membayar denda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal, selain lesen memandunya digantung selama tiga tahun dan butir kesalahan dicatatkan pada lesen memandu tertuduh.

Nik Haslinie membuat keputusan itu selepas menyabitkan tertuduh bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya dan meluru sehingga menyebabkan kematian Masnizan Mansor, 26, pada pukul 7.15 malam, 29 April 2003.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Angkasa, Pantai Dalam menghala ke Pantai Hill Park, di sini semasa sedang memandu bas yang bernombor WRE 9570.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Abdullah Said mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, Nik Haslinie membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Bagi tujuan itu, beliau memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Keterangan sebelum ini menyatakan, mangsa yang dalam perjalanan ke stesten transit aliran ringan berhampiran dirempuh dari arah belakang semasa berhenti di lampu isyarat tersebut.

Mangsa yang dalam perjalanan menjemput adiknya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dalam usaha meringankan hukuman, peguam Brian Foong yang mewakili tertuduh memohon supaya mahkamah menimbangkan faktor usia tertuduh yang sudah tua.

"Tertuduh juga perlu menghidap penyakit jantung dan memerlukan rawatan dua kali setahun.

“Isteri tertuduh berusia 53 tahun dan mereka mempunyai seorang anak yang masih belajar. Semasa kejadian berlaku, tertuduh melakukan dua pekerjaan untuk menanggung keluarganya,” tambah Brian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan