Terutuduh Ke Gereja Yang Dibakar Selepas Dengar Desas-Desus

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penghantar surat Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim yang didakwa membakar gereja di Desa Melawati memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia dan adiknya telah pergi ke tempat itu pada malam kejadian selepas mendengar desas-desus ada gereja akan dibakar.

Raja Mohamad Faizal Raja Mohd Ibrahim, 24, berkata mereka pergi ke sana semata-mata untuk mengetahui gereja mana yang akan menjadi sasaran.

"Saya ada mendengar desas-desus mengenai rancangan itu ketika sedang menunggu kawan iaitu Jo di sebuah kopitiam Old Town, Taman Permata di Ulu Klang," katanya ketika membela diri terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati pukul 11.50 malam 7 Januari lepas.

Dia dan adiknya Raja Mohamad Idzham, 22, didakwa melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Raja Mohd Faizal berkata mereka pergi ke tempat kejadian hanya untuk melihat apa yang berlaku dan dia juga tidak tahu siapa dalang di sebalik kejadian itu.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, suasana agak kecoh dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali dilihat sedang memecahkan cermin tingkap gereja itu menggunakan kayu besbol sebelum kebakaran berlaku.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Razlina Rasdi sama ada dia tahu perbuatannya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis adalah salah, Raja Mohd Faizal menjawab "Ya...saya tahu ia adalah salah." Sementara itu, Raja Mohamad Idzham, dalam keterangannya berkata sebelum itu, dia dan abangnya menghadiri jamuan barbeku di rumah seorang kawannya yang bertukar mengajar ke sekolah baru.

"Kami di situ tak lama...dalam 10 minit saja, dan di tempat kejadian kami melihat sekumpulan lelaki yang tidak dikenali sedang memecahkan tingkap gereja dan kami memang nampak alat yang digunakan, iaitu kayu besbol kerana ada cahaya dari lampu jalan di situ," katanya.

Raja Mohamad Idzham berkata dia ditahan polis ketika melawat abangnya yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas cedera pada malam gereja itu dibakar.

Perbicaraan di hadapan Hakim S.M Komathy Suppiah bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan