Syarikat Tiada Langkah Halang Aplikasi SMS

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu aplikasi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang digunakan untuk menghantar SMS ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu terdedah kepada penyalahgunaan oleh pengguna.

Pemilik Syarikat Mobile Biz Network Sdn Bhd yang memiliki aplikasi perkhidmatan tersebut, Hazwan Abu Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai langkah untuk menghalang aplikasi tersebut daripada disalahgunakan.

Katanya pengguna tidak perlu mendapatkan sebarang lesen daripada agensi tertentu seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengunakan aplikasi itu.

"Pengguna tidak perlu mengisi sebarang borang untuk mendapatkan identiti nama dan kata laluan bagi menggunakan aplikasi tersebut," katanya semasa pemeriksaan balas pada perbicaraan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, iaitu setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang dituduh menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Adun BN negeri itu.

Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS iaitu mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil) antara pukul 11.21 malam hingga 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Tertuduh turut didakwa atas tuduhan pilihan, menggunakan perkhidmatan Internet bagi menghantar SMS berbunyi: "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" kepada tiga ADUN berkenaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam bela iaitu Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami.

Perbicaraan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid bersambung 21 hingga 23 September ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan