Bukti Baru: Inkues Teoh Beng Hock Ditangguh Minggu Depan

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini ditangguh kepada 18 Ogos.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita, Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan itu selepas pihak yang membantu koroner itu dalam inkues memberitahu bukti baru akan dikemukakan.

Azmil membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri Gobind, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pada tarikh itu juga, pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunand akan memberi keterangan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan