Bapa Dituduh Bunuh Anak Kandung Berusia Lima Tahun

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Seorang bapa berusia 33 tahun dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak perempuan kandungnya berusia lima tahun, bulan lepas.

Long Chei Min didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Long Sok Xian iaitu anak ketiganya di rumah mereka di No.232, Jalan 10/2, Bandar Spring Hill, Batu 9, Lukut, dekat sini, antara pukul 8 malam dan 10.25 malam, 29 Julai lepas.

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang belum diwakili oleh peguam.

Majistret Zaridah Y. Abdul Jaapar menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Sept ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fazlin Abd Zawawi memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat.

Chei Min, seorang pekerja kilang simen di Labu, dekat sini, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Isteri dan tiga orang anak tertuduh turut hadir ke mahkamah.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa mangsa mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala selepas dikatakan terjatuh dari meja.

Bagaimanapun, tertuduh menyerah diri di Balai Polis Port Dickson dua hari selepas kejadian itu bagi membantu siasatan polis. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan