Permohonan Sarjan Batal Tuduhan Subahat Curi Enjin Pesawat 25 Ogos

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tharmendran (tengah)dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding. Foto THE STAR/SAMUEL ONG
Tharmendran (tengah)dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding. Foto THE STAR/SAMUEL ONG

SHAH ALAM: Permohonan Sarjan N.Tharmendran bagi membatalkan pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke atasnya akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 25 Ogos ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu pada Khamis, selepas peguam N. Surendran yang mewakili Tharmendran memohon diberikan tempoh untuk menjawab afidavit pihak pendakwaan.

“Saya baru menerima afidavit tersebut pada Rabu dan perlu berjumpa anak guam yang ditahan di Penjara Sungai Buloh (dekat sini) untuk mendapatkan arahan sebelum menjawab afidavit itu,” kata Surendran.

Beliau juga memaklumkan terdapat dakwaan serius bahawa Tharmendran telah diseksa oleh TUDM.

“Seorang saksi juga telah tampil untuk memberi keterangan berhubung kejadian seksaan itu. Saya...” katanya sebelum dicelah oleh Asmabi yang mengatakan perkara sedemikian perlu dimasukkan dalam afidavit tambahan yang akan difailkan.

Justeru itu, Asmabi memerintahkan pihak-pihak yang terlibat untuk memfailkan afidavit masing-masing sebelum tarikh pendengaran notis usul tersebut.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir dan Hamidi Mohd Noh hadir bagi pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden.

Tharmendran, 42, memfailkan notis usul untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya pada 16 Julai lalu, kira-kira enam bulan selepas dia didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini, iaitu pada 6 Januari lalu.

Semasa itu, dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Yusop untuk mencuri dua enjin pesawat F5 Jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 September depan.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Surendran enggan mendedahkan identiti saksi tersebut atas alasan keselamatan.

“Saksi tersebut adalah saksi mata kepada kejadian seksaan fizikal. Bagaimanapun, seksaan itu tidak melibatkan Tharmendran,” tambahnya.

Sebelum ini, Tharmendran pernah membuat kejutan apabila memilih untuk kembali ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan dan menarik semula jaminannya sebanyak RM50,000.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas alasan keselamatan kerana bimbang akan ditahan oleh TUDM ekoran keputusan mahkamah yang menolak permohonannya bagi mendapatkan perintah perlindungan secara interim.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan