Pembunuh Muntik, A.Murugan Didakwa Lakukan Khianat

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang penjual air tebu, A.Murugan yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh pembantu rumah Indonesia, Muntik Bani turut berhadapan dengan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini.

Pada Khamis, Murugan, 36, hadir di mahkamah bagi sebutan kes di mana dia didakwa melakukan perbuatan khianat terhadap rumah jirannya, Yeo Kian Lia, 34, dengan cara membaling batu sehingga memecahkan tingkap rumah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 10.30 malam, 20 Mei 2009 di rumah bernombor 27, Jalan Datuk Yusof Shahbuddin 27, Taman Sentosa, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ehsan Hassim mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, Murugan yang mengaku tidak bersalah juga memohon supaya jaminannya RM2,700 yang telah dibayar oleh ibunya, Vasantha Rani ditarik semula memandangkan dia kini meringkuk di penjara selepas disabitkan atas kesalahan membunuh.

Majistret Afifah Yusof @ Mamat menetapkan kes disebut semula pada 12 Ogos ini.

Pada 20 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini, Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman mati terhadap Murugan selepas mendapatinya bersalah membunuh Muntik.

Dia didakwa membunuh Muntik, 36, antara 18 dan 20 Oktober 2009 di rumah bernombor 11, Jalan Datuk Yusof Shahbuddin 6, Taman Sentosa.

Muntik yang berasal dari Surabaya ditemui dalam keadaan lemah dan dikurung di dalam bilik air rumah itu. Dia meninggal dunia pada 26 Oktober 2009 kerana gagal bertindak balas dengan rawatan doktor.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan