Penolong Pegawai Bank Didakwa Pecah Amanah

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang penolong pegawai kewangan di sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Selasa, atas tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM440,000, empat tahun lalu.

Mohd Safuan Md Darmah, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Tertuduh didakwa menyalahgunakan wang bank bagi kegunaan sendiri dengan membuat pengeluaran wang RM300,000 antara 6.45 dan 6.52 petang, 28 Disember 2006.

Dia juga didakwa atas pertuduhan kedua iaitu mengeluarkan wang RM140,000 antara 19 Mac dan 15 November 2007.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank Pertanian Malaysia, cawangan Sekinchan, nombor 50 dan 50A, Jalan Menteri Besar 1, Sekinchan Business Centre, Sabak Bernam, dekat sini.

Tertuduh merayu supaya jaminan RM200,000 yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi terhadapnya dikurangkan atas alasan tidak berkemampuan menyediakan wang sebanyak itu.

Slamat menetapkan jaminan pada jumlah RM30,000 untuk dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 2 September depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan