Penjual DVD Sambilan Didenda RM15,000 Miliki 2,259 DVD

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual cakera padat digital(DVD) sambilan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu, selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan memiliki 2,259 keping DVD termasuk DVD lucah,tiga bulan lepas.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ho Chun Kuan, 20, dari Selayang, Selangor.

Ho mengaku bersalah atas dakwaan pertama iaitu memiliki 1,911 filem pelbagai tajuk dalam bentuk DVD yang belum diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem di Fei Long World Wide Enterprise, Seri Sentosa di sini pada 2.30 petang, 4 Mei 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak lebih RM30,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan tersebut dia didenda RM5,000.

Ho turut didakwa memiliki 348 filem lucah pelbagai tajuk dalam bentuk DVD pada tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, Ho didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya.

Dan untuk kesalahan itu, Zaki mengenakan denda RM10,000 terhadap tertuduh.

Terdahulu, Peguam S. Vasugi yang mewakili Ho memohon supaya hukuman ringan dikenakan memandangkan tertuduh perlu menyara adiknya yang berumur 13 dan 17 tahun yang masih bersekolah.

"Ibu-bapanya tidak bekerja, tambahan pula bapanya mengidap darah tinggi dan tertuduh buat kerja sambilan jual DVD kerana nak sambung belajar," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Kementerian Dalam Negeri Khaidir Hashim.

Ho membayar denda itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan