Peniaga Miliki Pistol, Peluru Dihukum Penjara, Sebat

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Mahkamah Sesyen di sini Selasa, memerintahkan seorang peniaga kedai makan yang menyembunyikan sepucuk pistol jenis Glock berisi 12 butir peluru 9 milimeter (mm)di dalam penyandar kerusi komputer menjalani hukuman penjara dan disebat bagi kesalahan tersebut.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan sebatan 10 kali terhadap tertuduh, Muhammad Ali Abdullah, 23, selepas menerima pengakuan salahnya.

Beliau juga memerintahkan tertuduh turut dipenjarakan selama enam tahun bagi kesalahan memiliki 10 butir peluru 9 mm yang disembunyikan dalam bungkusan di alat penghawa dingin.

Bagaimanapun, kedua-dua hukuman itu diarahkan berjalan serentak dan bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu 12 Mei 2008.

Pada penghakimannya, Yong Zarida juga menasihatkan tertuduh supaya menggunakan peluang yang ada untuk menjadi bapa yang lebih baik kepada tiga anaknya yang berusia 5, 4 dan 3 tahun.

“Jadilah contoh kepada anak-anak kamu yang masih kecil,” katanya.

Terdahulu, tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam, 12 Mei 2008 di rumah bernombor 9, Solok Dendang, Kawasan 16, Taman Bukit Cemerlang, di sini.

Tertuduh ditangkap selepas polis membuat serbuan di rumah tersebut berdasarkan maklumat yang diterima.

Peguam Gerard Lazarus semasa merayu supaya hukuman tertuduh diringankan memberitahu, anak guamnya telah insaf dan sering menangis selain kesalahan dilakukan kerana pengaruh rakan-rakan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil memaklumkan bahawa tertuduh mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu menyimpan barang curi pada 2008 dan 2009.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan