Mahkamah Arah Pejabat Tanah Bayar Ganti Rugi RM113,000 Kepada Dua Beranak

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dan Pejabat Tanah Daerah Raub membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM113,008 kepada dua beranak yang mendakwa tanah milik mereka di Raub diberikan kepada pihak lain.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu di dalam kamar setelah mendapati jabatan itu cuai dalam prosedur pengeluaran hak milik tanah ke atas Lee Kok Seng, 32, dan ayahnya, Lee Tiek Choon, 61.

Bagaimanapun, mahkamah tidak menyentuh mengenai permohonan deklarasi oleh kedua-dua mereka bahawa pindah milik tanah yang dilakukan PTG adalah tidak sah dan dibatalkan dan mendaftar kembali tanah terbabit atas nama mereka.

Kedua-dua mereka memfailkan tuntutan itu pada 7 Feb 2007 dengan menamakan pembeli tanah berkenaan, Liang Sang, Lee Ying Mun, Cheong Fit Lan serta Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang dan Pentadbir Pejabat Tanah Daerah Raub sebagai defendan.

Dalam tuntutan itu, mereka mendakwa tanah seluas 4.271 hektar di Sungai Klau, Raub, yang dibeli mereka bersama lima yang lain pada 1988 telah diberikan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan mereka. Mereka mendakwa telah menerima status hak milik sementara daripada PTG pada 24 September 1999, namun apabila geran hak milik kekal dikeluarkan pada Oktober 2001, ia menunjukkan dua hak milik berlainan.

Kedua-dua mereka mendakwa hanya menerima kawasan seluas 3.471 hektar manakala 0.8 hektar yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit diberikan kepada Liang yang kemudian menjualnya kepada Lee dan Cheong.

Selain deklarasi itu, mereka turut memohon ganti rugi khas berjumlah RM88,638 serta ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Kok Seng ketika ditemui berkata, mereka mungkin akan membuat rayuan berhubung keputusan itu.

"Perkara yang paling penting ialah hak milik tanah itu, kami mahu tanah kami semula, wang tidak penting," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan