Keputusan Rayuan Kes Poligami Bung Moktar 11 Ogos

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bung Moktar dan Zizie Izette semasa menghadiri prosiding rayuan di mahkamah. Foto THE STAR/ KK SHAM
Bung Moktar dan Zizie Izette semasa menghadiri prosiding rayuan di mahkamah. Foto THE STAR/ KK SHAM

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini Rabu, menetapkan 11 Ogos ini untuk memberikan keputusan rayuan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin terhadap hukuman penjara sebulan ke atasnya kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan rayuan yang dikemukakan Bung Moktar selaku perayu menerusi peguam syarie Amli Embong.

Beliau juga mendengar hujahan balasan daripada responden, Ketua Pendakwa Syarie yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie, Zusyarafain Md Yusof.

“Saya memerlukan masa untuk meneliti rekod, hujahan dan sebagainya sebelum membuat keputusan,” kata Mukhyuddin.

Bung Moktar, 51, hadir bersama isteri keduanya pelakon, Zizie Izette A.Samad, 32, dan beberapa penyokong.

Amli menghujahkan hukuman penjara patut diketepikan kerana Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah terkhilaf semasa membuat keputusan itu pada 19 Mei lalu.

Ini kerana, hukuman tersebut dijatuhkan tanpa mengambil kira pengakuan salah yang dibuat secara sukarela oleh Bung Moktar, seorang pesalah pertama yang menjimatkan masa mahkamah.

Hukuman penjara juga dihujahkan akan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat khususnya bagi mereka yang berpoligami.

"Mereka mungkin akan terus menyembunyikan perkahwinan kerana bimbang akan dipenjarakan jika perkahwinan itu didaftarkan,” ujar beliau.

Amli mengambil masa selama 53 minit dalam mengemukakan semua 13 alasan rayuan yang turut diselitkan dengan beberapa hadis.

Zusyarafain membidas hujahan itu dan memohon hukuman penjara dikekalkan kerana tiada kekhilafan yang berlaku dan hukuman masih tertakluk kepada peruntukkan undang-undang.

Beliau menambah, sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam meluluskan undang-undang, Bung Moktar seharusnya tahu akan prosedur yang wajar diikuti sebelum berpoligami.

"Perayu mungkin tampil dan mengakui kesalahan yang dilakukan kerana berpendapat akan dikenakan denda memandangkan wang bukanlah masalah kepadanya yang berpendapatan tinggi,” tambahnya.

Dalam kes ini, Bung Moktar merayu terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya kerana berpoligami tanpa kebenaran iaitu dengan mengahwini pelakon Aduhai Esah itu pada pukul 8.50 malam, 16 Disember 2009.

Beliau yang pernah menafikan berita perkahwinan itu dan mendakwa dirinya tidak cukup kacak untuk Zizie didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 12, Jalan TC2B/3, Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak, dekat sini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan