Warga Indonesia Dipenjara 11 Bulan Kerana Abai Anak Majikan

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin, selepas mengaku bersalah atas tuduhan meninggalkan anak majikan tanpa pengawasannya bulan lepas.

Majikannya ialah seorang pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual/Wanita/Kanak-Kanak, Bukit Aman.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan wanita itu, Sulisna, 22, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 26 Julai lepas.

Sulisna, mengaku meninggalkan bayi lelaki berusia 10 bulan itu, tanpa diawasi di sebuah rumah di alamat No B-14-a, Desa Aman 2, Pantai Dalam, Brickfields antara 11 pagi hingga 4 petang, 21 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun.

Sulisna, yang bekerja sebulan sebagai pembantu rumah kepada ASP Norazlin Che Mohd Noor, 34, dari Bukit Aman, turut dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah mencuri wang tunai RM300 milik majikannya itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh dan tempat yang sama, mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Siti Shakirah memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Sulisna berjalan serentak.

Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian itu pengadu, Norazlin menerima panggilan telefon daripada jirannya yang meminta izin untuk memasuki rumahnya yang tidak berkunci kerana terdengar tangisan anak pengadu.

Setelah jirannya masuk ke dalam rumah, beliau mendapati anak pengadu ditinggalkan berseorangan di ruang tamu dalam keadaan keletihan dan pembantu rumah itu dipercayai melarikan diri setelah mencuri barang-barang pengadu.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Dr Ghanthi Nathan memohon hukuman yang berat dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kes pengabaian bayi sering berlaku di kalangan pembantu rumah.

Ini untuk memberi pengajaran kepada pembantu rumah terutama warga asing yang bekerja di negara ini.

Sulisna, yang tidak diwakili peguam, merayu agar mahkamah memberikan hukuman yang ringan dengan alasan dia tidak mempunyai ibu bapa dan tinggal dengan kakaknya di Medan, Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan