Lelaki Diperintah Bela Diri Bunuh Ibu Kandung

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman dan menghidap penyakit sawan diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menetak ibu kandungnya berumur 75 tahun sehingga mati menggunakan pisau pemotong daging, dua tahun lepas.

Tertuduh, Liew Swee Guan, 36, didakwa membunuh ibunya Soh Lan Kew di hadapan rumah No 18, Lorong Nikmat 5, Taman Gembira, Brickfields, jam lebih kurang 9.25 malam pada 6 Mei 2008.

Dia juga diperintah membela diri bagi pertuduhan kedua iaitu menyebabkan cedera parah terhadap pakciknya Soh Beng Seng, 55, yang mengalami keretakan di kepalanya akibat diserang dengan sebilah pisau.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, menerusi keterangan 12 saksi pendakwaan.

Peguam Richard Ho, yang mewakili Liew, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memilih untuk berdiam diri dalam pembelaannya.

Ho berkata beliau hanya akan memanggil seorang saksi iaitu Pakar Perunding Kanan Psikiatri Forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Rabiah Mohd Salleh untuk membuktikan ketika kejadian tertuduh mengalami penyakit mental.

Mohd Sofian menetapkan 27 Ogos depan untuk Dr Rabiah memberi keterangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan