Keputusan Majlis ATM Mengenai Persaraan Pegawai TUDM Diisytihsar Tidak Sah

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengisytiharkan keputusan Majlis Angkatan Tentera Malaysia membersarakan seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dua tahun lepas, adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu selepas membenarkan dengan kos semakan kehakiman Mejar Fadzil Arshad bagi membatalkan keputusan majlis berkenaan yang memaksanya bersara awal kerana didapati cuai dalam pengurusan pembelian dan pembaikan peralatan ketenteraan.

Peguam Leftenan Komander (B) Zalil Mohd Mess dan Mohd Syahril Daud yang mewakili Fadzil memberitahu pemberita, jumlah ganti rugi yang perlu dibayar kepada anak guam mereka akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Zalil berkata satu representasi akan dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya pembatalan tauliah Fadzil sebagai anggota TUDM ditarik balik.

Katanya, ini kerana mahkamah tidak boleh mengubah pembatalan itu kerana ia hak mutlak Yang di-Pertuan Agong.

"Sekiranya Yang di-Pertuan Agong memperkenankan representasi itu, anak guam saya akan dikembalikan ke jawatannya," kata beliau.

Ketika ditemui, Fadzil, 48, yang mempunyai empat anak berusia lingkungan 16 hingga 27 tahun berkata, "Saya amat bersyukur dan terlalu gembira dengan keputusan hari ini".

Beliau telah menamakan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan kehakiman yang difailkan pada 12 Disember 2008.

Dalam permohonan itu, Fadzil berkata Panglima Tentera Udara (PTU) telah memaklumkan kepadanya bahawa keputusan Lembaga Siasatan merumuskan beliau bertanggungjawab terhadap kecuaian yang berlaku dalam pengurusan dan pembelian peralatan ketenteraan seperti Andros Robot dan Bomb Suit.

Fadzil berkata beliau telah dipanggil untuk satu temuduga kerjaya pada 7 Julai 2008, bagaimanapun, majlis berkenaan sebaliknya telah membersarakannya serta membatalkan tauliahnya pada hari berkenaan.

Beliau telah mengemukakan rayuan tetapi ditolak atas alasan persaraan dan pembatalan tauliahnya telahpun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, sehingga 5 November 2008, beliau tidak menerima sebarang keputusan bertulis berhubung persaraan dan pembatalan tauliahnya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Fadzil berkata keputusan Majlis Angkatan Tentera Malaysia memaksanya bersara lebih awal, adalah salah dan tidak sah di sisi undang-undang kerana beliau tidak diberikan hak untuk didengar, dan mereka juga gagal memberikan alasan bagi keputusan itu.

Katanya, akibat pembatalan tauliah dan persaraan paksa itu, beliau dilihat seolah-olah bersalah menipu wang kerajaan, selain bersekongkol dengan kontraktor serta pegawai atasan untuk berbuat demikian, sehingga menyebabkan kerugian. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan