Tak Mengaku Rasuah Polis RM54,000

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengecat rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat, atas tuduhan menawarkan rasuah wang bernilai RM54,950 kepada seorang Pegawai Polis, dua minggu lepas.

Yap Ten Ooi, 46, didakwa secara rasuah menawarkan wang sebanyak RM54,950 kepada Ketua Inspektor M. Suresh, 41, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, sebagai dorongan kepadanya untuk melepaskan tertuduh daripada ditangkap atas kesalahan memiliki dadah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta tingkat 4, Vista Mutiara Off, Jalan Kepong di sini pada pukul 8.15 malam, 15 Julai lepas.

Yap didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa dari SPRM Azizun Mohamad menawarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun peguam Adi Harman Mawardi memohon agar wang jaminan itu dikurangkan memandangkan tertuduh hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM1,500.

Hakim Rozilah Salleh kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan