Perbicaraan Penuh Kes Saman KPN Terhadap Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari Jumaat memutuskan kes saman Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden mata lebam pada 1998, melalui perbicaraan penuh.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham memerintahkan Anwar meminda pernyataan pembelaannya terhadap saman yang dikemukakan oleh Musa itu.

Prasad memutuskan alasan perlindungan mutlak yang dinyatakan dalam pembelaan Anwar, hanya boleh diterima oleh mahkamah jika beliau berjaya membuktikan beliau mempunyai keperluan mendesak untuk mendedahkan laporan polis berhubung insiden mata lebam pada 1998, dalam sidang media.

Sehubungan itu, isu itu akan dihujahkan di mahkamah semasa perbicaraan penuh nanti.

Beliau kemudian menetapkan 13 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai, 2008, mendakwa Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyikan beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Musa, dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 21 Julai, 2008, berkata dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Beliau menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Katanya beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Beliau berkata Anwar berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadapnya dan Abdul Gani dan berbuat demikian kerana ketua pembangkang itu sedang menghadapi pertuduhan baru liwat.

Musa menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Amaun yang dituntut tidak dinyatakan secara spesifik dalam pernyataan tuntutan itu.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Anwar daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Anwar, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 24 Oktober, 2008, berkata laporan polis itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan justifikasi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan