Keputusan Siapa Pentadbir Harta Pusaka Syed Kechik Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai siapa yang layak mentadbir harta pusaka Allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary yang bernilai RM400 juta, akan diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memerintahkan kesemua pihak yang terbabit dalam pertikaian itu memfailkan kenyataan saksi dalam bentuk afidavit, serta mengemukakan hujah lisan sebelum beliau membuat keputusan.

Mahkamah perlu menentukan siapa yang layak mentadbir harta peninggalan jutawan berkenaan, sama ada anak lelaki Syed Kechik menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Syed Gamal, atau isteri keduanya Puan Sri Sofiah Moo Abdullah dan dua anak perempuan mereka iaitu Puan Sri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira, kata peguam Pawancheek Marican yang mewakili Syed Gamal kepada pemberita selepas prosiding kes itu pada Khamis.

Mahkamah sepatutnya memutuskan semalam permohonan kaveat Syed Gamal terhadap keluarga tirinya bagi menghalang mereka menguruskan harta pusaka itu tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Selain Pawancheek, Syed Gamal diwakili Zulkifli Che Yong dan Azmi Tan Sri Mohd Rais manakala peguam Steven How Chee Hong dan Uma Parvathy mewakili Sofiah, Sharifah Zarah dan Sharifah Munira.

Dalam permohonan yang difailkan 14 April lalu, Syed Gamal, yang merupakan anak lelaki tunggal Syed Kechik, mendakwa beliau merupakan waris dan anak yang sah untuk menjadi pentadbir bersama harta pusaka itu.

Kemelut perebutan harta pusaka keluarga itu bermula selepas kematian Syed Kechik pada 10 April tahun lepas pada usia 80 tahun kerana sakit jantung.

Syed Kechik ialah bapa mentua pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, seorang bilionair yang tersenarai antara orang terkaya di negara ini.

Syed Gamal, 46, membuat permohonan itu berikutan tindakan keluarga tirinya memfailkan petisyen memohon supaya surat kuasa mentadbir harta pusaka bapanya diberikan kepada mereka.

Dalam petisyen yang difailkan pada 15 Sept tahun lepas, mereka memohon surat kuasa mentadbir diberikan kepada mereka sebagai isteri dan anak yang sah di sisi undang-undang, kerana Syed Kechik tidak meninggalkan wasiat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan