Adik-beradik Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Bakar Gereja

Diterbitkan: Jumaat, 30 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini manakala dua adik beradik dipanggil membela diri atas tuduhan membakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, pada Januari lepas.

Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap tertuduh Azuwan Shah Ahmad selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.

"Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, saya mendapati tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan tertuduh ketiga iaitu Azuwan dengan kes ini. Oleh itu mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh," katanya.

Sementara itu, tertuduh pertama dan kedua yang merupakan adik-beradik Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim dan Raja Mohamad Idzham dipanggil membela diri selama tiga hari bermula 10 Ogos depan.

Komathy dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati terdapat keterangan saksi-saksi yang boleh mengaitkan tertuduh pertama iaitu Raja Mohamad Faizal dan tertuduh kedua, Raja Mohd Idzham terlibat dalam kes ini.

Komathy berkata, terdapat juga keterangan saksi pendakwaan iaitu Mohd Razman Azmir Shaharran dan Noor Sahli Nasrullah Bahariddin yang mengaitkan tertuduh pertama dan kedua terlibat dalam kes ini di mana kedua-dua saksi itu menyatakan mereka berkumpul di restoran 'Uptown White Coffee' dan berjumpa dengan ramai kawan termasuk Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohd Idzham pada malam kejadian.

Selain itu, Komathy berkata seorang lagi saksi pendakwaan iaitu Yong Choy Yee, yang melihat kejadian itu dari dalam kereta turut memberi keterangan bahawa beliau melihat seorang lelaki terpaksa membuka baju kerana rambut dan badannya terbakar mempunyai kaitan dengan keterangan Dr Soep Sadimon dari Klinik Izham yang mengesahkan tertuduh pertama tidak memakai baju dan terdapat kesan terbakar pada rambutnya ketika mendapat rawatan dikliniknya.

Raja Mohamad Faizal, 24, Raja Mohamad Idzham, 22, dan Azuwan Shah Ahmad, 23, didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja di Jalan 4/4C, Desa Melawati, di sini pada 11.50 malam, 7 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi dan Lailawati Ali manakala pihak pembelaan dikendalikan peguam Datuk Hanif Hashim dan Rosal Azimin Ahmad. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan